Thursday, May 28, 2009

i'm h0me...!!!

haha..
bez nyer rase bile dpt blik umah..
arini dpt mkn smbl ikan mak ak msk..
s0ooo...dlici0us...
da lame xmkn...
hehe..
hurm..
cuti ad 3mmgu..
tp..
ak still xd rncgn nk wat ap dlm cuti nie..
lpak2 je k0t..
hehe...
ap2 p0n.......
i'm h0me...!!!!

Monday, May 25, 2009

pPeR pJ yG mCm...tUuUuuttt..!!

wargh..!!!
benci nyer aq ngn pper arini..
mcm ap..
gile bengang r..
ak pulun r stdy mcm nk giler..
tup2 laen yg kuar..
ag2 part struktur..
ag mcm $@?*!!<>@$#...
ak ngn mmber2 punyer la wat n0te ngn s0klan sp0t..
klu aq tau s0klan cam2..
baek awl2 aq xyah stdy..
ag bg0s...
hurm...
ksmpulnnyer..
jgn pcaye ngn s0klan sp0t..
huhu..;p

Sunday, May 24, 2009

20 pRkaRa Lak! dBnc! wNita..

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang? Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

8C paDa wN!ta yG dBnci Llak!..

emm....ada banyak benda yang kadang lelaki muak pada pempuan ni tapi kerana sifat lelaki yang kebanyakannya memiliki personaliti B ni membuatkan mreka rilex je...antaranya yang mreka tak suka ialah 8C :-
.
.
1* CABAR
Emmm....jangan di cabar orang lelaki ni...sbb mreka pantang di cabar apatah lagi didepan orang lain...pempuan ni kadang suka cabar lelaki tanpa niat...nanti bila dah terkena baru nak menyesal...
.
.
2* CABUL
Bagi org sabah, cabul ni ada sesetengah yang menafsirkannya pengotor tp di sini maksud cabul ni ialah pempuan yang suka bergaul bebas dengan lelaki lain. dlm erti kata lain sosial yang over dan tak tahu malu...bukan bermakna lelaki mengongkong pasangannya tp pergaulan itu harus ada batasnya...lelaki lebih suka pada pempuan yang peramah, murah dengan senyuman tp bukan mudah untuk didekati...pandai menjaga diri dan maruah...
.
.
3* CELUPAR
Wanita yang cantik pada mulanya di mata lelaki takkan jadi cantik pada akhirnya klu ada sifat celupar ni...suka bergosip, menyibuk hal org dan satu lagi suka menghebahkan keburukan org lain sedangkan lupa mengukur diri sendri mcm mn...ni mmg tidak di sukai oleh lelaki...pantang bckp, asyik bckp je...ckp kosong yg takde isi dan tak ada tujuan...huhu
.
.
4* COMOT
Ha...jangan di sangka pompuan yg muka cantik tu suma pembersih...jgn tak tahu, ada yang muka je cantik tp rumahnya bersepah...ni benar tau... pempuan sperti ini tidak di sukai oleh lelaki kerana takut2 nanti bila dah kawin kelak, dia asyik duk behias je, makan pakai suami, anak2 ntah ke mana...
.
.
5* CEMBURU
Cemburu sikit2 takpe kerana cemburu itu tanda sayang tapi ada pompuan cemburu dia mak oi mcm gunung...cemburu tak bertempat lak tu...seorang kwn dlu pernah mengadu ttg kekasihnya yang cemburunya mmg bg saya sgt tak patut sehinggakan lelaki itu nak bkwn dgn pompuan pun tak bleh...kn sembunyi2...bkn brmkna dia tidak jujur tp krana ingin menjaga hati pasangan sehinggakan trpaksa berbohong...jujur katanya dia tak suka (pengakuan lelaki ni...) tak salah cemburu tp biarlah berpada...
.
.
6* CEREWET
Cerewet kat cni bukan pompuan yg byk berleter tp pompuan yg terlalu memilih dan tak tahu bersyukur bila di beri sesuatu...dlu di zaman Rasulullah s.a.w...Seorang sahabt bernama Umar al-Khattab dikenali seorang yg sgt garang dan di takuti...pd suatu mlm, seorang lelaki ingin dtg ke rumahnya krn ingin mengadu yg isterinya terlalu kuat berleter...tp blum smpt dia mngetuk pintu rumah Umar, dia trdengar dn trnmpk isteri Umar sedang brleter dan di lihatnya Umar hnya berdiam diri sedangkan Umar seorang yg terkenal dgn sifat Garangnya dan di takuti tp knp isterinya tidak takut padanya...lalu lelaki itu tidak jadi mengadu...dia kembali semula ke rumahnya dan keesokan harinya dia bjumpa Umar dn bgtau hal yg di lihatnya dan bertanya...lalu Umar menjawab, isteri itu berleter bkn krn dia cerewet tp sedang mluahkan perasaannya krn penat bekerja sepanjang masa mnguruskan hal suami dn anak2...diam Umar bkn bermkna takut bini tp memberi ruang untuk isteri mencurahkan isi hatinya...huhu
.
.
7* CINCAI
Tidak di nafikan lelaki ni ramai yang sempoi, main tangkap muat je bila pakai baju...dlm erti kata lain selekeh jugaklah...hehe...(jgn marah...), bl wat keje pun mcm tu gak tp tak suma lelaki lah tp bila dorang nk cr pasangan, dorang tak nk yg jenis cincai plak...knp? sebabnya klu pasangan pun cincai, hbs hidup bdua nnt pun cincai jugaklah...buat keje asal siap...tujuan seorang lelaki mencari pempuan yg teliti dan kemas sebabnya untuk mlengkapkan...untuk menguruskan hidup dorang yg mmg sll serabut tu...hahaha...
.
.
8* CUAI
Ni pun sama gak...lelaki sll cuai bila simpan barang tp dorang tak suka dgn pompuan yg cuai apatah lg pelupa sbb kelak bila hidup bdua, lelaki lbh suka bg isteri pegang brang2 yg penting...klu pompuan cuai, t suma hilang ntah ke mana...
.
.
p/s
...kesimpulannya lelaki ni taklah memilih sgt kan dr segi rupa...cukup setakat yg sedap mata memandang dan boleh melengkapi hidup agar lebih bahagia...apa2 pun, wanita yg terbaik itu adalah wanita yg menjaga malunya, menjaga akidahnya...

anDa tRer mAth x???

Ahmad nak beli kasut yang harganya RM97,
dia pinjam abang dia RM50,
pinjam kat bapak dia RM50 juga,
semua sekali RM100,
selesai beli kasut baki pada Ahmad ada RM3,
dia bagi kt abang dan bapak dia seorang RM1 untuk tolak hutang,
jadi Ahmad hutang abang dengan bapak dia RM49 sorang,
kesemua hutang Ahmad RM98,
pada Ahmad masih ada RM1,
mana lagi RM1 untuk cukupkan RM100 seperti duitnya yang asal.?

jawab dengan sabar!!!!

Friday, May 22, 2009

p!kir kAn...

Saat indah awal perkahwinan....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan.....
Korang baca dari bawah keatas pula...
:)

Wednesday, May 20, 2009

kNe bAcE..!!

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann... dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..."."Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"

**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!! hahahahhahahah..............

hOla..!!

hurm...
xtually aq da pnh wat blog ni..
tp..
agk b'kurun da la xaktf..
hehe...
tp bile tgk rmai mmber2 aq da start wat bl0g,
trase cam nk gedik2 gak la kt bl0g ni balek..
hehe..
by da way,
sm0ge k0rg sron0k bace bl0g aq ni..
n_n